Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Penganalisis politik, Prof Dr Nasrudin Mohamed berpandangan
Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan DAP dalam mendapatkan sokongan
parti baru yang akan ditubuhkan kelak.
Ia berikutan sikap tarik-tali Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dalam menyatakan sokongan terhadap cadangan bekas perdana
menteri itu.
Wan Azizah sebelum ini tidak menyatakan secara jelas apakah pendirian
PKR terhadap parti baru Mahathir itu, namun terbuka dengan apa sahaja
kerjasama untuk menumbangkan pihak lawan, Umno-Barisan Nasional (BN).
"Apabila kita merujuk kenyataan Wan Azizah, kita kena lihat juga bahawa
kata-kata parti seharusnya dilihat seiring dengan parti lain. Pada masa
parti tersebut tidak memberikan gambaran jelas mengenai sokongan
terhadap Mahathir, kita kena lihat bagaimana DAP bertindak dan beri
kenyaan.
"Dalam keadaan sekarang, DAP antara kuasa yang akan digunakan Mahathir
untuk memperkuatkan parti yang akan ditubuhkan nanti," demikian menurut
Nasrudin ketika ditemubual Antarapos, baru-baru ini.
Mahahthir pada minggu lalu mengumumkan akan menubuhkan satu parti
politik baru yang akan menjadi sebahagian komponen dalam gagasan
pembangkang dalam usaha melawan Umno-BN.
Ia juga disifatkan Mahathir sebagai satu usaha memperkukuhkan kedudukan
pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga hadir di pengumumam
Mahathir dan menyambut baik cadangan pemimpin itu, lebih-lebih lagi
dalam keadaan pembangkang kini berdepan dengan pelbagai masalah.
Sebagaimana PKR, DAP juga sehingga kini tidak mengkhususkan sokongan mereka terhadap cadangan Mahathir itu.
Sebaliknya buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat
agak terbuka dengan idea penubuhan parti baru dan gabungan pembangkang
itu.
Nasrudin, ketika mengulas hal itu menyatakan sokongan Anwar itu
berkemungkinan demi manfaat politik yang akan diterimanya kelak,
sekiranya gabungan itu berjaya menunjukkan hasil.
"Bagaimana Anwar melihat perkara ini dan bagaimana kemunculan parti
baru Mahathir ini boleh digunakan Anwar dalam mencorakkan permainan atau
muslihat politik semasa," ujar Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Negeri Sembilan itu.
Anwar ketika mengulas perkembangan semasa membabitkan idea Mahathir itu
berkata apa sahaja kerjasama yang akan dilakukan kelak perlu melihat
kepada faedah yang akan diperolehi rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan