
Tindakan sivil yang difailkan kepada pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sama seperti modus operandi lobi asing yang pernah digunakan gerakan Bebaskan Bebaskan Anwar (FAC) pada tahun 2000, kata Tan Khai Beng.
“Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan berdasarkan aduan yang dibuat oleh ANC (Kempen Anti-Najib).
“Saya masih ingat perkara yang sama pernah dilakukan 16 tahun yang lalu pada tahun 2000 (masa itu Kempen Bebaskan Anwar atau FAC).
“Saya pergi ke Washington dan membayar firma lobi Amerika Syarikat untuk membawa
isu ‘tahanan politik’ Anwar Ibrahim berdasarkan ‘tuduhan palsu’ dan ‘bukti palsu liwat’ kepada perhatian kerajaan Amerika Syarikat,”katanya dalam Facebook hari ini.
Menurutnya, dengan membayar sejumlah wang tertentu kepada pelobi Amerika Syarikat (AS), mereka boleh menggunakan kepakaran mereka untuk menjayakan niat si pembayar tersebut.
“Inilah cara yang saya lakukan di AS pada masa lepas, di mana anda membayar kepada firma AS sejumlah besar wang dan mereka akan bekerja di koridor kuasa untuk kes anda didengar.
“Pada akhirnya, tidak ada banyak benda yang berlaku (seperti dalam kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda boleh memastikan bahawa mereka membuat banyak ‘bunyi'(seperti yang kami lakukan pada tahun 2000),” katanya lagi.
Abe ZL pula berpendapat, isu tindakan sivil yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)yang dilakukan hari ini sama seperti isu Scorpène sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Isu 1MDB ni jika mengikut perkiraan pandagan peribadi aku, lebih kurang sama seperti isu Scorpene sebelum PRU 13 dulu…
“Membuat ‘personal damage factor’ kepada Datuk Seri Najib Razak… Dengan harapan untuk menang undi dari netizen…Namun walaupun pembangkang mendapat majoriti undi..kemenangan masih berada di pihak Najib atas izinNYA..kerana difitnah…
“Hingga kini SEPINA untuk dikaitkan dengan Najib Razak masih belum diterima dari Perancis (isu Scorpene).
“Samalah juga dengan kes 1MDB… Permainan persepsi dimainkan dan diulang cerita tanpa fakta…,”katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan