HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Ogos 2016

Bayi masih bertali pusat dibuang di depan pintu rumah

 
 
Bayi yang masih belum dipastikan bangsa dan umur yang dibuang telah diserahkan kapada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bayi yang masih belum dipastikan bangsa dan umur yang dibuang telah diserahkan kapada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
 
Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat yang diletakkan di lantai berhadapan pintu rumah ditemui orang awam di Cheras petang semalam.
 
Bayi yang dipercayai keturunan Melayu itu ditemui pukul 2.15 petang oleh orang awam di luar rumah Kediaman Putra Suria Residency, Jalan Jelawat di sini.
 
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan baju sejuk berwarna kelabu dengan kain lampin pakai dan buang tanpa baju.
 
Hasil pemeriksaan turut menemui bungkusan lampin, botol susu, tisu basah, susu tepung, minyak angin yang dimasukkan dalam beg plastik dan dipercayai ditinggalkan di sebelah bayi malang itu.
 
Orang awam yang menjumpai bai tersebut kemudiannya menyerahkannya kepada polis di kawasan berhampiran yang kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.
 
Bayi itu juga dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.
 
Berikutan kejadian itu,  polis telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan bayi itu pada pukul 12.30 tengahari tadi.
 
Kes itu kini disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: