Pemuda Roket menggesa PKR jangan jadi kacang lupakan kulit, dan mengajak bersama memikul beban yang ditanggung DAP
Jangan jadi kacang lupakan kulit,
pesan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), walaupun PKR tersinggung dengan
catatan Facebook Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan
DAPSY Chiong Yoke Kong berkata PKR tidak sepatutnya mengeluarkan
kenyataan yang “langsung tidak munasabah serta memutarbelitkan fakta
sebenar” sekiranya teguran Tony mengenai sasaran.
“Siapa yang makan cili, dialah yang rasa
pedas,” katanya menjawab catatan Facebook Ketua Biro Undang-Undang PKR
Latheefa Koya semalam.
“Saya ingin mengingatkan Latheefa Koya
bahawa DAP tidak pernah mengumumkan pilihan raya mengejut secara sebelah
pihak, malah ada sesetengah pihak yang bimbang untuk menghadapi pilihan
raya telah membocorkan berita tersebut kepada media.”
Semalam Latheefa mengingatkan pihak tertentu, dipercayai DAP, bahawa rakan komponen Pakatan Harapan bukan budak suruhan mereka.
Beliau dipercayai merujuk kepada catatan Tony Pua sebelum itu.
Tony mengeluh mengenai ‘kawan’,
dipercayai PKR, yang tidak membalas budi kerana apabila DAP memerlukan
sokongan untuk mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang, ‘kawan’
itu mengumumkan pendirian kepada media sebelum memberitahu DAP,
sekaligus memalukannya.
Latheefa kemudiannya menyenaraikan
beberapa kejadian tindakan sebelah pihak oleh sasarannya seperti
mengumumkan pilihan raya kilat, mengumumkan membubarkan Pakatan Rakyat
dan mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan