DETIK DAILY
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi
perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri
BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan
datang.
Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUn Jorak,
Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.
Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan "lain-lain nak tiru".
Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.
Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.
"Tak
payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini
termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar
malam tadi.
BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak
yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai
pembangkang.
Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, "kita dah jadi kerajaan Johor".-Mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan