MALAYSIAKINI
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menasihatkan golongan graduan supaya tidak menyalahgunakan ilmu dan kebolehan untuk perkara tidak berfaedah seperti menipu dan mencuri.
Baginda mengingatkan graduan supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan pengaruh rakan-rakan yang cetek akal atau bersikap sombong dengan ilmu pengetahuan dan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.
Baginda turut meminta golongan graduan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup menganggur dan menyusahkan keluarga.
"Kehidupan di dunia ini memang banyak cabaran dan tiada jalan pintas untuk berjaya, kita mesti bermula dari bawah dengan mencari pengalaman kerja, meningkatkan kemahiran dan kebolehan untuk kualiti diri," titah baginda.
Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-16 di Dewan Sultan Ibrahim, hari ini.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Pro Canselor UTHM dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang juga Pro Canselor II UTHM.
Sultan Ibrahim bertitah bahawa menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk melahirkan modal insan yang dapat memenuhi kehendak industri dan keperluan demi kemajuan ekonomi negara.
Baginda bertitah pembangunan ekonomi negara memerlukan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi.
"Saya rasa bangga apabila dimaklumkan bahawa UTHM merupakan salah satu universiti pilihan pihak industri yang mana graduan daripada UTHM mempunyai lebih peluang," titah baginda.
Dalam majlis tersebut, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti) kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr Syahrul Yasin Limpa.
Selain itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan anugerah gelaran Profesor Emeritus kepada Prof Datin Dr Maryati Mohamed dan kepada Prof Dr Jalani Md.Yunos, masing-masing dari Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dan juga Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM.
Sejumlah 3,469 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen yang bermula hari ini hingga Isnin ini.
Sebanyak 43 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (319 orang), Sarjana Muda (2,503 orang) dan 604 penerima diploma.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan