HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Oktober 2016

Lompat parti permainan politik kosong pembangkang

Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir.


SUNGAI SIPUT  - "Itu (lompat parti) adalah permainan politik kosong pembangkang."

Demikian kenyataan Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyasarkan mahu 'memikat" wakil rakyat BN di Perak.

Menurutnya, kenyataan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) itu yang kononnya mahu membuat wakil rakyat lompat parti menyertai mereka hanyalah permainan politik kosong.

Tambah beliau, apa yang disebut oleh bekas Perdana Menteri itu bukanlah sesuatu yang baru mahupun asing di kalangan pembangkang.

“Baik Tun Mahathir, Nga Kor Ming atau Mat Sabu, semuanya akan bercakap dengan nada yang sama kerana mereka adalah pembangkang dan mereka akan cuba melakukan apa sahaja.

“Tetapi apa yang mengejutkan dahulu mereka balun kita cakap tak boleh lompat dan sebagainya tetapi sekarang mereka pula yang bercakap tentang proses lompat parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan sebuah sekolah di Sungai Siput, semalam.

Begitupun, Zambry menegaskan BN Perak tetap tidak mengambil mudah kewujudan mana-mana parti baharu dari pihak pembangkang yang akan bertanding pada PRU14.

“Tidak kisah parti itu PPBM atau apa sahaja namanya tetapi BN Perak memang sentiasa bergerak melakukan kerja-kerja sebagai persiapan untuk menghadapi PRU.

“Sejak dari PRU lepas lagi kita memang dah buat persiapan dan bekerja, bukan kita bekerja kerana kewujudan PPBM tetapi memang pendekatan kami begitu,” jelasnya.


Tiada ulasan: