HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Oktober 2016

Pastikan bekalan air tidak terputus, hukum pencemar sungai

MALAYSIA DATELINE
 
 
Empangan Sungai Semenyih menjadi sumber bekalan air mentah bagi kawasan selatan Selangor.Empangan Sungai Semenyih menjadi sumber bekalan air mentah bagi kawasan selatan Selangor.


Amanah Negeri Selangor menggesa langkah proaktif diambil pihak berwajib bagi memastikan masalah gangguan bekalan air bersih akibat pencemaran sungai tidak berulang dan mereka yang bertanggung jawab didakwa.
Ir Izham HashimIr Izham Hashim
Pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata, Amanah Selangor bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan gangguan bekalan air dan kesulitan yang ditanggung bagi mendapatkan bekalan air bersih sepanjang loji penapisan ditutup.

"Sekitar setengah juta rakyat Selangor telah terjejas kehidupan mereka berikutan pemberhentian operasi loji penapisan air Sungai Semenyih akibat pencemaran sungai.

"Amanah Selangor menuntut semua pihak yang terlibat hendaklah bertindak proaktif menyelesaikan segala isu berkaitan secara komprehensif bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang," ujarnya.

Izham menambah, pendakwaan hendaklah dikenakan ke atas pihak-pihak yang melanggar undang-undang malah tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana agensi atau kakitangan yang cuai sama ada dari segi penguatkuasaan, pemantauan mahupun perancangan.
"Perlu ada pelan baru yang menyeluruh dan berupaya menghapus terus sebarang potensi masalah serupa di masa mendatang," katanya.
Loji rawatan air Sungai Semenyih terpaksa ditutup beberapa kali September lalu akibat pencemaran sungai.

Siasatan awal mendapati salah satu punca pencemaran adalah dari Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih.

Daerah yang mengalami gangguan bekalan air adalah Hulu Langat membabitkan kawasan Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching manakala daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

Daerah Petaling turut mengalami gangguan bekalan meliputi kawasan USJ 1 hingga 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang serta daerah Sepang membabitkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Tiada ulasan: