shahbudindotcom
Setelah
bertegas agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu oleh parti-parti lain
yang ingin bekerjasama dengannya, Pas kini mengorak selangkah lagi
dengan hasrat ingin bertanding di kerusi-kerusi DAP pula.
Naib
Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, oleh kerana antara Pas
dan DAP tiada lagi persefahaman dan kerjasama, maka tidak menjadi
kesalahan bagi parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi yang
tradisinya ditandingi oleh DAP.
Bagi
tujuan tersebut, tambahnya, Jabatan Pilihanraya Pas kini sedang
menjalankan kajian mengenai perkara itu kerana berpandangan pihaknya
berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.
Jika
sebelum ini Pas berkeras memberi kata dua agar parti lain menjauhi DAP
dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya dan kemudian meletakkan
syarat agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu, keinginan untuk turut
bertanding di kerusi tradisi DAP jelas memperlihatkan nawaitu sebenar
parti itu.
Pas ternyata bukan sangat ingin
menang dan membentuk kerajaan, tetapi menyertai pilihanraya dengan lebih
tujuannya untuk membantu dan memberi keselesaan kepada UMNO dan BN
mengekalkan kuasanya.
Pas nampaknya sengaja
meletakkan syarat-syarat sukar yang akhirnya menggagalkan rundingan
dengan parti-parti lain dan seterusnya menghalalkan tindakan mereka
untuk bersaing secara tiga penjuru.
Hakikatnya, memang itulah tujuan Pas sekarang ini.
Kalau
bertanding di 70 kerusi dan persaingan tiga penjuru itu bakal memberi
kelebihan kepada UMNO dan BN, hasrat bertanding di kerusi-kerusi DAP
pula jelas merupakan bantuan secara langsung Pas kepada MCA, MIC dan
Gerakan dengan cara yang sama iaitu memecahkan undi.
Secara
umumnya, 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam piliharaya umum lalu
ialah di kawasan bandar dan separa bandar di mana lawan mereka sejak
dulu ialah sama ada MCA, MIC atau Gerakan.
Bermakna,
dalam PRU 14 akan datang, tidak cukup dengan keinginan memberi
kelebihan kepada UMNO untuk lebih selesa memenangi banyak kerusi, Pas
juga melebarkan sayap bantuannya kepada parti-parti komponen BN juga
dengan memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Ia
dengan sendirinya menunjukkan Pas sudah melupakan atau tidak berdendam
sama-sekali dengan MCA, MIC dan Gerakan meskipun parti-parti itu lebih
terang dan terbuka menentang Akta 355 yang dibawa oleh Hadi Awang untuk
memperkasa dan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.
Ini merupakan satu lagi bukti hebatnya Pas di bawah pimpinan Hadi Awang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan