Aidil Syukri
Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau membuat semakan terperinci mengenainya.
"Saya telah melakukan penyemakan, ia tidak datang dari JPM dan ia di bawah urusan Istana Negara.
“Terdapat tujuh orang yang terlibat dan saya telah melakukan penyemakan, bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di sini hari ini.
Justeru beliau mendesak mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan agar mengadap di Istana Negara.
"Jangan salahkan bahagian istiadat JPM atau pejabat Perdana Menteri sendiri. Saya telah lakukan semakan. Kalau tidak berpuas hati, sila mengadap untuk mendapatkan penjelasan. Jangan salahkan orang lain," katanya.
Selain itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO turut menjelaskan tiada keperluan untuk membuat laporan polis susulan tuduhan bahawa UMNO turut terlibat dalam isu pembatalan itu.
"Tak payah lapor (polis) lagilah. Saya sudah buat penjelasan begini," katanya.
Surat bertarikh 5 Disember itu mula viral selepas dimuat naik anak perempuan bekas perdana menteri itu, Marina Mahathir di laman media sosial.
Surat berkenaan dikatakan dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan