MUTAKHIR, 14 Disember - Nampaknya percakaran dan maki hamun di kalangan penyokong Najib telah merebak daripada laskar siber bawahan kepada kelas elit. Agenda peribadi mereka telah mengatasi pembelaan MO1.
ORIGINAL POSTING
BERBANDING saya, (Tan Sri) Zainuddin Maidin (Zam) lebih rapat dengan Pegawai Nombor Satu Malaysia (MO1), (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Saya mula mengenali
Najib secara peribadi pada tahun 1977 tetapi Zam mengenali beliau sejak zaman
bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kalau pun tidak secara langsung
setidak-tidaknya secara retrospektif.
Pada zaman Abdul Razak, Zam sudah pun seorang pengarang dan banyak membuat liputan kegiatan Perdana Menteri kedua itu di dalam dan luar negara. Beliau seterusnya menulis sebuah buku mengenai Abdul Razak bertajuk “Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot” (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak ; Utusan, 1997).
Dengan Najib pula, Zam
bukan sekadar mengenalinya sebagai bahan berita malah juga sebagai rakan
politik dan anggota kabinet.
Jadi apabila beliau
menulis atau berkata sesuatu mengenai Najib, apatah lagi mengkritiknya, Zam
menulis dengan autoriti berlatarbelakangkan perbandingan di antara anak (Najib)
dengan bapa (Abdul Razak).
Tetapi tentu ada pembaca
yang pantas dan spontan menolak perbandingan seumpama itu kerana pada pandangan
mereka Najib terlalu rendah martabatnya untuk dibandingkan dengan gergasi seperti
Abdul Razak atau mana-mana Perdana Menteri Malaysia, hatta (Tun) Abdullah Ahmad
Badawi.
![]() |
| Zam, Muhyiddin Yassin dan Najib pada zaman bahagia |
Jadi apabila baru-baru
ini Zam menulis mengenai soal siapa yang akan “kesipuan” (embarass) kalau Dr
Mahathir dibenarkan menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah
jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru dan timbalan baginda
di Istana Negara pada 13 Disember ini, pengertiannya amat dalam.
Antara lain Zam menulis
dalam blognya: “Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya
Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan
menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau
selepas upacara.
“Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.”
“Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.”
Saya
pun berperasaan serupa. Najib bukan sahaja takut berbahas dengan Dr
Mahathir seperti dibuktikan oleh pembatalan kehadirannya di forum
“Nothing2Hide” 4 Jun tahun lalu, malah bersemuka atau berada dalam
majlis yang
sama pun dia tidak berani lagi.
Jadi, bagi saya, kalau Zam membelasah Najib ia adalah perkara biasa.
Tetapi apabila Zam memilih untuk belasah laskar siber (cybertroopers) Najib, ia
berupa dimensi lain yang meletakkan Najib di tahap lebih rendah.
Dalam catatan 9 Disember Zam memilih untuk memukul laskar siber Najib
bagi menyindir beliau.
Zam menulis: “Saya meminta kerjasama media troopers Datuk Seri Najib
atau UMNO supaya memileh orang yang dapat menggunakan bahasa yang sempurna dan
tata bahasa yang baik untuk menulis komen di blog ini (zamkata.blogspot.my)
kerana bahasa adalah menggambarkan jalan pemikiran.
“Saya beri contoh bahasa yang buruk tanpa punctuation yang betul dengan menyiarkan tulisan pemakan dedak seperti diatas yang tentunya tidak meyakinkan pembaca malah menyebabkan orang memandang rendah pada penyokong Najib.
“Saya tidak hanya menyiarkan tulisan pro Mahathir tetapi juga yang anti Mahathir tetapi tulislah dengan sempurna jika tujuan untuk membuka fikiran ramai bagi membantu Najib."
“Saya beri contoh bahasa yang buruk tanpa punctuation yang betul dengan menyiarkan tulisan pemakan dedak seperti diatas yang tentunya tidak meyakinkan pembaca malah menyebabkan orang memandang rendah pada penyokong Najib.
“Saya tidak hanya menyiarkan tulisan pro Mahathir tetapi juga yang anti Mahathir tetapi tulislah dengan sempurna jika tujuan untuk membuka fikiran ramai bagi membantu Najib."
Setuju Dengan Zam
Maaf cakaplah kalau saya
kata, dalam blog kita ini pun hal yang sama berlaku. Ada yang hujah mereka amat
sukar difahami atau tidak dapat difahami langsung.
Saya sendiri berperasaan
bahawa Najib dan para penasihat media beliau sedar akan betapa daif dan
hambarnya laskar siber beliau, sama ada yang diberi dedak atau menyokong secara
sukarela.
Rasanya keadaan tidak
bertambah baik bagi Najib dan Umno malah mungkin semakin buruk. Laskar siber
mereka terus bercakaran dan, dalam beberapa kejadian, menyerang para pembesar
Umno, termasuk Najib sendiri umpama burung tiung yang menggigit tangan yang menyuapkannya
pisang.
Hatta
laskar siber yang berkedudukan
tinggi dalam media massa dan pernah dihormati pun tidak lagi cergas dan
lantang mempertahankan Najib. Hanya sekali-sekala mereka membuat
tampalan
(posting) itu pun mengenai hal-hal peribadi seperti pemandangan, sajian
makanan, hobi dan bersosial sesama sendiri.
Jentera dan saluran
propaganda Umno, Barisan Nasional dan kerajaan menjadi semakin lemah dan tidak
berwibawa akibat kejatuhan berterusan pengedaran akhbar dan penontonan stesen
TV arus perdana.
![]() |
| Utusan pernah cecah 350,000 naskhah sehari tahun 1990-an |
Masalah perniagaan dan kongkongan profesionalisme menyebabkan ramai wartawan kanan yang berwibawa meninggalkan media arus perdana. Sebahagian mereka menyertai media atas talian dan media sosial.
Majoriti mereka kritikal
terhadap Najib, Ummo, BN dan kerajaan. Mereka mengubah kiblat daripada mematuhi
“wahyu” Putrajaya dan Ibu Pejabat Umno kepada mengamalkan kewartawanan bebas
(free) dan merdeka (independent). Blog dan laman sosial mereka adalah antara yang paling
ramai pengikut celik.
Yang masih tinggal dalam
MAP milik parti-parti BN adalah mereka yang makan gaji untuk menjaga anak, bini
dan suami. Di kalangan penjawat kanan pula, majoriti sudah hilang
profesionalisme akibat godaan wang dan kuasa.
Tanda Keterdesakan
Perang saudara di
kalangan laskar siber Najib dan ketiadaan “class” seperti yang Zam sebutkan
adalah bukti tahap keterdesakan yang semakin meruncing.
Mereka tahu yang
saat-saat kegemilangan Umno sudah berlaku dan apa jua pujian-pujian yang mereka
dendangkan adalah ibarat menyiram air ke atas daun keladi – tertumpah, tercurah
tidak meninggalkan kesan.
Dan dengan terdedahnya
skandal 1MDB dan disertai pula oleh prestasi ekonomi yang lembap dan kewibaan kerajaan yang merudum, “sungai
wang” yang menjadi sumber rezeki, upahan, gajian dan dedak laskar siber
semakin hari semakin kering.
Tragedinya
adalah
manakala laskar siber Najib memperoleh dedak dan temukut 1MDB, mereka
yang menikmati beras basmati dan beras gred A pula adalah Jho Low, Riza
Shahriz Abdul
Aziz dan para konspirator mereka di New York, Los Angeles, Las Vegas dan
Monaco.
(Destinasi yang mana
agaknya akan dituju oleh keluarga Najib bagi menyambut tahun baru 2017?)
Raja kepada segala ironi
dan tragedi jenaka ini adalah Umno dan laskar
sibernya kini bermati-matian mempertahankan 1MDB yang berupa lubuk duit Jho Low serta “geng of New York”nya.
![]() |
| Cina Jho Low (kanan) tuduh Umno putar-belit |
Inilah Cina kawan keluarga Najib (bukan Cina DAP) yang pada 14 April tahun lalu menghina Umno dengan menuduhnya “spin
master” (pakar putar-belit) dan mencabarnya berbahas.
Dalam keadaan yang serba menekan ini, tidak hairanlah kalau ada laskar siber Najib yang lebih gigih mengumpul jerami ketika matahari masih bersinar (making hey while the sun shines) daripada berkorban jiwa raga untuk beliau, Umno, BN dan kerajaan.
Sebab itulah yang kita lihat masih berhujah bagi pihak Najib, keluarganya, Umno, BN dan kerajaan bukan lagi pengamal media profesional yang terbaik dan berwibawa tetapi laskar siber seperti yang Zam sebutkan itu.
Wallahuaklam.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan