shahbudindotcom
Dalam
Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad
Zahid Hamidi telah menyatakan ikrar taat setianya kepada Najib Razak
serta dalam masa yang sama meminta hubungan beliau dengan Hishammuddin
Hussein tidak dilaga-lagakan.
Cukup-cukuplah melagakan saya dengan Hisham, kata Zahid.
Najib
dalam ucapan penggulungannya kemudian menyatakan penuh kepercayaannya
kepada Zahid, malah katanya, beliau tidak risau sama sekali jika Naib
Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu
berada di belakangnya.
Tetapi,
sejak malam tadi tiba-tiba berlegar surat yang ditandatangani oleh
Zahid Hamidi yang kandungannya meminta Najib meletakkan jawatan, sambil
menyenaraikan kabinet bayangannya.
Siapa
pun yang otaknya masih waras, pasti dengan mudah mengenali bahawa surat
itu adalah palsu. Mana mungkin, baik Zahid atau sesiapa pun jika
menulis surat, sambil mendesak perletakan jawatan, dalam masa yang sama
turut menyenaraikan kabinet bayangannya?
Selain palsu, ia juga mungkin dibuat sedemikian rupa dengan tujuan-tujuan tertentu yang hanya pembuatnya saja yang tahu.
Soalnya, siapakah punya angkara munculnya surat itu?
Adakah ia dilakukan oleh geng Hishammuddin yang mahu melaga-lagakan Najib dengan Zahid?
Adakah
ia dilakukan oleh kumpulan penyokong Najib yang tidak senang dengan
Zahid dan mula merasakan Naib Presiden itu merupakan ancaman?
Atau mungkinkah ia dilakukan oleh penyokong Zahid sendiri?




Tiada ulasan:
Catat Ulasan