HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Disember 2016

Muflis tidak ada dalam kamus ekonomi Malaysia

MALAYSIA GAZETTE


Najib Razak
Najib Razak


Tuduhan menyatakan Malaysia sebuah negara bankrap adalah tidak berasas dan dusta semata-mata, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Malaysia kini berada dalam rating Kumpulan A.

Sehubungan itu, Najib menyifatkan pembangkang yang membuat dakwaan itu sebagai sengaja buat-buat tidak faham tentang kedudukan sesebuah negara yang dianggap muflis.

Tegas Najib, penarafan negara bukan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, DAP, PKR atau Mat Sabu.

"Sebaliknya, penarafan atau rekod kejayaan negara disahihkan oleh badan-badan serta agensi antarabangsa yang diiktiraf kewibawaannya di serata dunia.

"Istilah mufis atau bankrap itu jauh sekali, malah tidak ada dalam kamus ekonomi Malaysia," tambahnya.

Najib menambah, melalui Dasar Transformasi Nasional, Malaysia masih mampu merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 4.3 peratus pada suku ketiga lalu.

Malah, yakin sasaran perkembangan ekonomi antara 4.0 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun 2017 dapat dicapai.

Dalam ucapan bertajuk UMNO -Penggerak Transformasi Nasional itu, Najib turut menempelak segelintir pihak yang menuduh UMNO dan kerajaan sebagai kerajaan zalim dan menindas rakyat.

Soal beliau, adakah kerajaan sedia ada zalim jika prihatin dengan kebajikan rakyat sehingga mampu menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu.

Untuk rawatan pesakit, segalanya hampir percuma di hospital kerajaan dengan peruntukan Bajet 2017 menjangkau RM25 bilion.

Tidak cukup dengan itu pendidikan dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah sampai menengah semua percuma.

Universiti awam pula kurang 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh kerajaan dengan anggaran belanja lebih RM56 bilion. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: