shahbudindotcom
Semalam,
bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengesahkan
penyertaannya ke dalam DAP dalam satu sidang media di kediamannya di
Tropicana, Petaling Jaya.
Pada
awalnya, sidang media untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP itu
sepatutnya diadakan di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, tetapi
terpaksa diubah tempat kerana tempahan dibatalkan oleh pengurusan kelab
tersebut di saat-saat akhir.
Apa
yang menariknya, penyertaan Zaid menyertai DAP disaksikan oleh Tun
Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dikenali sebagai "ultra
Melayu" yang juga merupakan Pengerusi parti Bersatu.
Ini
adalah suatu sejarah di mana seseorang menyertai DAP, tetapi Tun
Mahathir menjadi saksinya. Sekaligus juga merupakan suatu penghormatan
buat Zaid.
Meskipun
tempat sidang media berubah tempat, namun Tun Mahathir tidak mengubah
kesediaannya untuk menjadi saksi penyertaan Zaid ke dalam DAP itu.
Kehadiran
Tun Mahathir bersama Lim Kit Siang untuk menjadi saksi kemasukan Zaid
itu sudah agak lama dirancang dan ketidaksangsian beliau untuk
menghadirinya tentunya mampu memberi mesej yang mendalam kepada rakyat.
Mesejnya
tidak lain ialah agar pengundi Melayu tidak perlu takut atau ragu-ragu
lagi untuk memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya akan
datang ini.
Dengan
bertambahnya pemimpin Melayu berada dalam DAP, parti itu secara
langsung dan tidak langsung telah menunjukkan ia semakin terbuka dengan
konsep berbilang bangsa, meskipun diterajui oleh pemimpin berbangsa
Cina.
Di
sebalik dikatakan sebagai parti Cina dan digambarkan selalu bersikap
chauvinis, tetapi seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, DAP sebenarnya
adalah parti berbilang kaum. Ia terbuka kepada semua kaum untuk
menyertai dan berjuang di dalamnya.
Sejak
sekian lama, beberapa pemimpin Melayu sudah menyertai DAP dan kemasukan
Zaid sambil disaksikan oleh Tun Mahathir, parti itu dipercayai mampu
meneroka ruang yang lebih luas dalam segmen-segmen masyarakat Melayu
yang berbagai di negara ini.
Ini
kerana Zaid bukan saja seorang peguam yang terkenal, bahkan juga
pemimpin Melayu yang bukan asing kepada rakyat negara ini dengan
pelbagai sumbangannya selama ini.
Beliau
tentunya mampu memainkan peranan untuk menyelak tirai yang selama ini
agak tertutup mengenai perjuangan sebenar DAP. Meskipun tidak mudah,
tetapi ia adalah cabaran baru bagi Zaid yang dipercayai akan turut
diberi ruang oleh DAP untuk bertanding dalam PRU 14 akan datang.
Jika
Zaid mampu melakukannya bersama pemimpin-pemimpin Melayu sedia ada
dalam DAP, parti itu mampu menjadi wadah baru bagi orang-orang Melayu,
khususnya di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan baru di seluruh
negara.
Harus
diakui bahawa DAP paling konsisten menjunjung Perlembagaan dan tegar
menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam sistem
pentadbiran negara. Dalam isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta
melibatkan Najib Razak, DAP paling lantang dalam perjuangannya.
Dengan
semakin ramai Melayu berada dalam DAP, seluruh rakyat, khususnya
pengundi Melayu tidak harus bimbang lagi atau terus membiarkan diri
termakan dakyah jahat UMNO berkenaan parti tersebut.
Bersama
PKR, Bersatu dan Amanah yang sedia Melayu atau majoriti Melayu di
dalamnya, terbaru dengan semakin ramai pemimpin Melayu terkenal seperti
Zaid turut memilih DAP, Pakatan Harapan kini menawarkan ruang yang lebih
menyeluruh, bukan saja untuk rakyat pelbagai kaum, tetapi juga bagi
orang-orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan