SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan kejadian
bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di
sebuah apartmen di Sepang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil
Ahmat, berkata 32 penuntut adalah mahasiswa Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) dan empat lagi mahasiswa Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN).
Katanya, semua suspek berusia antara 20 tahun dan 21 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.
"Malam tadi, mangsa yang juga pelajar tahun akhir disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang.
"Terdahulu, mangsa yang berusia 21 tahun dihantar beberapa rakan ke
hospital itu selepas mengalami kecederaan, termasuk melecur dan lebam di
badan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan