SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan 'pengorbanan yang
besar' apabila mengumumkan tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri
jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Menerusi entri bertajuk 'Terima Kasih, Anwar', bekas menteri
undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ia sebagai kemahuan rakyat
Malaysia yang dahagakan perubahan.
"Pemimpin perlu mencontohi Anwar yang telah membuat pengorbanan yang
besar dan bergerak ke hadapan untuk bersetuju dengan perkara-perkara
lain yang menjadi keperluan menghadapi pilihan raya.
"Kita tidak tahu jika agihan kerusi di dalam pilihan raya nanti mampu
memuaskan hati semua pihak, tetapi saya fikir bagaimana untuk
menguruskan perbezaan untuk jawatan perdana menteri - adalah dengan
membincangkan siapakah yang akan mengisi jawatan kabinet.
"Jika kesemua parti berpuas hati dengan cadangan barisan kabinet ini,
ia akan melegakan perbezaan yang mungkin timbul berkenaan jumlah kerusi
yang perlu setiap parti tandingi," demikian memetik sebahagian tulisan
di blognya.
Zaid membuat beberapa cadangan nama dan jawatan yang sesuai diisi oleh pemimpin pembangkang.
Ahli DAP itu secara konsistennya berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad tetap calon yang layak diletakkan sebagai Perdana Menteri.
Anwar pula dirasakan sesuai menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan kerana itu kerusi itu dibiarkan kosong di dalam cadangan beliau.
Menteri Minyak dan Tenaga pula dinamakan kepada Tan Sri Muhyiddin
Yassin dengan meletakkan Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS), manakala
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicadangkan sebagai
Menteri Kewangan.
Penasihat DAP, Lim Guan Eng dicadangkang menerajui Kementerian
Pendidikan, manakala Kementerian Dalam Negeri diminta diserahkan kepada
mana-mana pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan