HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Jun 2017

Kos Anjur Majlis Buka Puasa Semakin Mahal, Tun Salahkan Najib

Suara Kebenaran




Bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohammad, mengadakan majlis berbuka puasa yang antara lain turut dihadiri Ketua Menteri Penang, CM Lim Guan Eng dan ramai pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Hampir 2,000 orang hadir dalam majlis semalam.  Kemesraan antara Tun Mahathir dan CM Lim begitu ketara sekali seperti dilihat dalam gambar di atas.

Majlis yang mesra dan harmoni itu bagaimanapun sedikit tercemar dengan kos tinggi yang terpaksa dikeluarkan pihak Tun Mahathir untuk menjayakan majlis tersebut.

Seorang pembantu Tun Mahathir dipetik sebagai berkata, Tun Mahathir merungut kerana harga makanan untuk majlis berbuka tahun ini, meningkat hampir sekali ganda dari tahun sebelumnya dan negarawan ulung itu menyalahkan Najib serta polisi ekonominya seperti GST, sebagai punca.

Atas sebab ini, Tun terpaksa menghadkan jumlah majlis berbuka puasa yang diadakan beliau pada tahun ini.  Kalau tahun-tahun sudah, setiap hari pun boleh tapi kali ini mungkin seminggu sekali atau kurang.

Keadaan ini sudah tentu membimbangkan.  Kalau Tun sendiri pun merasa tertekan dengan kenaikan harga akibat polisi Najib seperti GST, bagaimana lagi rakyat biasa seperti kita?  Sekalipun barang makanan kebanyakannya tidak dikenakan GST tapi itu kebanyakan, bukan semua.

Tiada ulasan: