KUALA
LUMPUR – Polis
menahan lima pelajar kolej warga asing selepas dipercayai terlibat dalam
aktiviti sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata,
tangkapan dibuat dalam empat serbuan berasingan bermula kira-kira jam 5.50
petang yang dijalankan di sekitar daerah Wangsa Maju, di sini, Jumaat lalu.
Dalam
serbuan terbabit, pihaknya telah menangkap sembilan individu berusia lingkungan
25 hingga 39 tahun.
Menurutnya,
pemeriksaan mendapati lapan daripada mereka adalah warga Nigeria dan seorang
lagi warga Uganda.
“Semakan
mendedahkan lima suspek ini adalah pelajar daripada dua kolej yang berbeza
dalam bidang jurusan bahasa serta multimedia.
“Kita
akan siasat penglibatan pelajar ini berikutan siasatan awal dapati ahli
sindiket ini telah berada di Malaysia sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam
sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Belia
memaklumkan, pihaknya telah merampas satu kilogram dadah disyaki syabu yang
dibawa masuk dari China dengan harga dianggarkan bernilai RM100,000.
Siasatan
masih dijalankan bagi mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket
ini.
“Kesemua
suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
1952 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan