HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

Malaysia jadi negara maju menjelang 2020, kata menteri

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUALA LUMPUR: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih tinggi oleh Bank Dunia, mengesahkan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020, jika ekonomi terus mencatat pertumbuhan kukuh secara berterusan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia oleh Bank Dunia itu membuktikan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
 
Dasar monetari Bank Negara yang akomodatif, akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara, di samping penyepaduan dasar fiskal akan mengurangkan defisit fiskal dan membantu menampan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Bank Dunia mengeluarkan laporan Prospek Ekonomi Global yang diterbitkan setiap dua kali setahun semalam, dengan unjuran KDNK bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 masing-masing disemak semula kepada unjuran yang lebih tinggi pada 0.6 peratus, 0.4 peratus dan 0.5 peratus.
 
Semakan semula unjuran KDNK yang lebih tinggi bagi tahun 2017 ini disumbang oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada suku pertama sebanyak 5.6 peratus, seperti yang diumumkan bulan lalu.
 
Selari dengan perkembangan tersebut, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus yang diunjurkan dalam laporan yang sama pada Januari 2017.
 
Ini menunjukkan bahawa Bank Dunia yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia dan pada masa yang sama, firma-firma penyelidikan seperti Citi Research dan UOB Bank juga berkongsi sentimen yang sama dengan meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 5 peratus, kata Johari.
 
Untuk itu, Bank Dunia juga menjangkakan ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan berdaya mampan dengan pelarasan dasal fiskal yang dilaksanakan sebagai tindak balas kepada kejatuhan harga minyak dan gas, telah mengurangkan kesan kepada imbangan fiskal negara apabila kerajaan terus berjaya mencapai sasaran defisit fiskal setiap tahun.
 
Bagaimanapun, pemulihan harga komoditi telah melonjakkan sentimen perniagaan dan pelaburan. Peningkatan di dalam aktiviti pembuatan dan perdagangan juga telah merancakkan pertumbuhan eksport Malaysia seperti yang dilaporkan baru-baru in, katanya.
 
 

Tiada ulasan: