KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen,
berkata, putar belit kerajaan dalam mengenakan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 jenis barang makanan yang berkadar
sifar, dan akhirnya membatalkan cadangan tersebut seolah-olah
mempermainkan rakyat di negara ini.
Menurut William, tindakan berbolak-balik itu menunjukkan kerajaan
tidak mempunyai pendirian tetap dan sebenarnya tidak prihatin dengan
masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat ketika ini.
“Ini adalah jeals satu ‘flip flop’. Dalam Dewan Rakyat sebelum ini
isu GST dibahaskan, kononnya kerajaan akan bertanggungjawab ke atas
keperluan rakyat dan tidak akan mencukai barangan keperluan untuk rakyat
miskin di negara ini, tetapi mereka ingkar dengan janji sendiri.
“Selepas umum akan kenakan cukai, rakyat mula menunjukkan kemarahan,
akhirnya mereka tarik balik tindakan itu. Bagi saya, kerajaan memang tak
jaga kepentingan rakyat. Mi segera pun sebelum ini tak dicukai akhirnya
rakyat dicukai secara diam-diam.
“Kerajaan memang tak bertanggungjawab, kalau boleh mereka akan
kenakan semua cukai kepada rakyat tak kira dalam apa jua bentuk dan
memerah wang orang miskin melalui pengenaan GST keatas makanan orang
miskin,” katanya kepada KeadilanDaily.
Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia membatalkan pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) untuk lebih 60 bahan makanan yang
sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Kastam mengumumkan yang barangan tersebut akan mula dikenakan GST bermula Julai ini.
Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata perkara itu merujuk
Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang
diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
Menurutnya, impilikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih
daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran
sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin
tertakluk kepada cukai tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan