HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Jun 2017

SPRM rampas berkotak-kotak dokumen FGV [LIHAT FOTO]

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas berkotak-kotak dokumen, beberapa bungkusan dan tiga beg tarik daripada pejabat ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Gobal Ventures Holding Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad.
 
 
 
 
Kesemua barang rampasan itu dibawa keluar kira-kira 40 kakitangan SPRM, selepas lapan jam menggeledah FGV.
 
Kakitangan SPRM yang terlibat bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung rampasan itu.
 
 
Pihak FGV juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media setakat ini.
 
SPRM tiba ke Menara Felda kira-kira jam 10 pagi dan selesai mengambil dokumen itu pada jam 6 petang.
 
 
Hadir sama dalam kunjungan itu adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selama satu jam yang ditugaskan mencari penyelesaian untuk kemelut kepimpinan FGV.
 
Kemelut yang sedang dihadapi FGV tercetus selepas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengarahkan Zakaria bercuti atas alasan mahu melakukan audit dalaman membabitkan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP).
 
 
Sementara Zakaria mendakwa dirinya tidak bersalah dan arahan bercuti itu adalah tekanan untuk beliau meletakkan jawatan. 
 
Zakaria kemudiannya menjemput SPRM membuat siasatan ke dalam FGV. 
 
 
Zakaria pada semalam hadir ke SPRM untuk memberikan keterangan dan menyerahkan beberapa dokumen untuk disiasat agensi itu.
 
 

Tiada ulasan: