KUALA LUMPUR: Parti Gerakan yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas
semula pentabiran negeri Pulau Pinang daripada DAP dalam pilihan raya
umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Kong berkata, parti itu dengan
kerjasama parti komponen lain mampu merampas kembali kerusi-kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selepas rakyat melihat sendiri
sikap sebenar DAP.
“Kontroversi pembinaan terowong dasar laut dan penyelewengan melibatkan
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuka mata rakyat terhadap DAP.
“Gerakan kini turut memperkukuhkan pendekatan media sosial bagi
mendekati pengundi terutama golongan muda,” katanya ketika menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Bandar Baru Bangi
dekat sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan