HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Julai 2017

Jika PH Tawan Putrajaya, Tidak Mustahil Singapura Masuk Malaysia Semula – Zulkifli Noordin





Jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14, tidak mustahil kerajaan PAP Singapura akan menyertai semula Malaysia untuk menyamaratakan bilangan kerusi Melayu dan bukan Melayu di negara ini.

Bekas aktivis PKR, Dato’ Zulkifli Noordin berkata perkara itu boleh berlaku berdasarkan kenyataan mendiang Lee Kuan Yew ketika melawat Malaysia pada Jun 2009, sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak selepas PRU 2008.


“Ianya bukan satu kemustahilan sekarang,”kata Lee Kuan Yew ketika ditanya adakah Singapura berminat menyertai Malaysia semula dengan fenomena kebangkitan pembangkang diketuai DAP ketika itu.

Zulkifli berkata sebagaimana proses penyingkiran Singapura daripada Malaysia yang dibuat di Parlimen Kuala Lumpur pada 9 Ogos 1965 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, proses yang sama juga boleh dibuat di Parlimen Malaysia dan Singapura untuk proses pencantuman semula itu.

“Kalau dia (DAP) jemput Singapura dengan usul tergempar di Parlimen untuk menyertai Malaysia dan Singapura buat sidang tergempar di Parlimen (Singapura) kata ‘ya’…habislah kita (Melayu)

“Pasal apa ? Pasal Singapura ada 87 kerusi Parlimen majoritinya adalah kerusi Cina. Kalau 87 kerusi Parlimen Cina Singapura masuk (ke Malaysia dicampur dengan) 112 kerusi yang mereka
(pembangkang) dah ada, Melayu habis, sebab mereka ada 2/3 (di Parlimen), “kata Zulkifli.

Tiada ulasan: