KUALA LUMPUR: Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan masing-masing dengan
menggunakan simpanan dari akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan
tanpa terikat tarikh perjanjian tertentu, bermula 21 Julai ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd. Naim
Daruwish berkata, penambahbaikan tersebut akan menggantikan syarat
semasa pengeluaran pendidikan dari akaun 2 yang memiliki tarikh kuat
kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17
Januari 2006.
“Penambahbaikan ke atas polisi ini dilakukan setelah mengambil kira
maklum balas ahli yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau
menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan KWSP mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan