MELAKA: Seorang penerjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cedera kaki
kanan selepas gagal mendarat dalam satu latihan terjunan di Kem
Terendak, Sungai Udang, di sini.
Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an
dilaporkan patah bahagian keting kaki kanan selepas terjatuh di atas
bumbung blok kediaman di kem berkenaan.
Difahamkan, mangsa gagal mendarat di lokasi pendaratan yang ditetapkan
dipercayai disebabkan oleh faktor keadaan angin yang kuat.
Sumber berkata, mangsa bersama sekumpulan anggota sedang menjalani
rutin latihan terjunan dari sebuah pesawat pada ketinggian kira-kira
5,000 kaki dari udara.
"Bagaimanapun, anggota tentera berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.
"Dia sudah diberi rawatan kecemasan dan kini ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak," kata sumber itu.
Sementara itu, beberapa keping gambar memaparkan seorang anggota
tentera yang cedera selepas terjatuh di atas bumbung di sebuah kem mulai
viral di laman Facebook, sejak malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan