Diesel turut mengalami kenaikan 7 sen ditetapkan pada harga RM1.91 seliter
KUALA LUMPUR: Petrol RON95 dan RON97 ditetapkan pada harga RM1.93 seliter dan RM2.19 seliter berkuat kuasa tengah malam ini untuk tempoh seminggu sehingga 12 Julai depan.
Penetapan itu adalah kenaikan kedua-dua RON95 dan RON97, 4 sen berbanding harga seminggu lalu. Diesel turut mengalami kenaikan 7 sen ditetapkan pada harga RM1.91 seliter.
Harga baharu yang diumumkan bagi petrol itu adalah kenaikan selepas penurunan lima minggu berturut-turut.
Pengumuman harga itu adalah hasil pelaksanaan harga siling petrol dan diesel secara mingguan yang diumumkan pada minggu pertama April lalu, dengan harga baharu bermula setiap Khamis untuk tempoh seminggu sehingga Rabu berikutnya.
Infografik
RON95 naik 4 sen kepada RM1.93 seliter
RON97 naik 4 sen kepada RM2.19 seliter
Diesel naik 7 sen RM1.91 seliter
Berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 12 Julai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan