JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini menetapkan
perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas exco Johor, Datuk Abd. Latif
Bandi dan anak lelakinya serta seorang perunding hartanah selama lima
hari bermula 3 Oktober depan.
Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 hingga 5 Oktober serta 4 dan 5 Disember ini.
Perbicaraan tersebut akan dilakukan secara serentak melibatkan dua kes,
iaitu tuduhan aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.
Abd Latif, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
negeri, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 14 Jun lalu kerana didakwa
atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
melibatkan jumlah RM35.78 juta.
Walau bagaimanapun, Abd Latif, 51, anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 25, dan
perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 44, mengaku tidak
bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan