KUALA LUMPUR: Sehingga suku kedua tahun ini, sebanyak 14.6 juta rakyat
Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi manakala 3.7 juta lagi yang
kebanyakannya golongan belia berusia 21 hingga 39 tahun masih belum
berbuat demikian.
“Seperti semua sedia maklum, pilihan raya akan diadakan pada bila-bila
masa kerana tempoh matang Parlimen terbubar dengan sendirinya pada 24
Jun 2018. Justeru, program ini menjadi serampang dua mata kepada SPR
untuk mendekati golongan sasar dengan mendidik mereka mengenai
kepentingan mendaftar sebagai pengundi.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa tarikh untuk mendaftar sebagai
pengundi masih belum ditutup. Sehubungan itu, semua yang layak boleh
mendaftar diri masing-masing sebagai pengundi dan apabila tiba hari
pilihan raya, jadilah warganegara yang bertanggungjawab dengan turun
mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Pendidikan
Pengundi anjuran SPR di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan
Islam, Bangi dekat sini, semalam.
Program yang dirangka bersama Kementerian Pendidikan itu juga merupakan
pendedahan awal kepada para guru yang bakal dilantik sebagai
petugas-petugas pilihan raya mengenai simulasi sebenar hari pengundian.
Dalam perkembangan sama, Mohd. Hashim menjelaskan, persiapan pihaknya
dalam tempoh kurang setahun ini berjalan lancar dan seluruh kakitangan
agensi tersebut telah menjelajah ke seluruh negara bagi bertemu dengan
semua Pengerusi SPR negeri untuk memastikan logistik serta kemudahan
tempat mengundi berada dalam keadaan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan