BANGI – Sesiapa sahaja yang gigih mempertahan pesta arak, mereka seolah
seperti memperjuang agenda syaitan, kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Daerah Hulu Langat, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz.
Beliau
berkata, tidak ada satu pun agama di dunia ini yang mengiktiraf minuman arak
sebagai sebahagian daripada tuntutan agama.
“Bahkan
Islam sendiri mengharamkan minuman yang memabukkan kerana kesan mudarat yang
besar kepada manusia. Jadi, apabila manusia dan agama menolak arak, hak apa
sebenarnya yang mereka perjuangankan?
“Saya
fikir, mereka memperjuangkan agenda Syaitan yang ingin menjauhkan manusia
daripada kehidupan beragama dan bersumpah untuk menghancurkan manusia sehingga
hari kiamat,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP,
disertai PKR serta parti anggota Barisan Nasional (BN) yang anti-Islam, MCA,
yang membantah keras keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan
‘The Better Beer Festival 2017’ pada 6 dan 7 Oktober ini.
Lima
pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, DBKL tidak sepatutnya menolak
permohonan sewenang-wenangnya dan mengancam untuk mengambil tindakan terhadap
pihak penganjur tanpa memberi alasan sewajarnya.
“Kami
kesal keputusan itu yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan, seperti DBKL cuba
bertindak sebagai juara agama. Tindakan mereka tidak konsisten dan dilihat
tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.
Ustaz
Ibrahim berkata, beliau berharap tidak ada pihak yang akur dengan desakan
mereka ini.
“Kita
juga menyeru agar netizen yang mempunyai kesedaran agar bangkit menentang
agenda Syaitan daripada golongan Jin dan manusia (al-an’am:112) yang
menggunakan kata-kata indah tetapi hakikatnya dusta. Mereka mengatakan ianya
hak sedangkan ianya adalah kebinasaan tamadun manusia.
“Netizen
juga perlu menyokong tindakan DBKL membatalkan penganjuran pesta arak kerana ia
adalah selari dengan perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan
tidak menghalang hak agama lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan