BANGI – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (IGuru) berpendirian, hukuman buang
sekolah pelajar bermasalah bukan jawapan untuk mengatasi masalah disiplin.
Presidennya,
Ustaz Azizee Hassan, berkata sebaliknya, masalah lain akan timbul, bahkan
menambahkan lagi masalah dalam masyarakat jika pelajar bermasalah itu
dibiarkan.
Mengulas
kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kementerian
berpendapat tindakan buang sekolah bagi pelajar bermasalah masih relevan,
beliau berkata, hukuman itu memberi peluang kepada masyarakat sekeliling untuk
menjadi ‘guru tidak rasmi’ kepada pelajar terbabit.
“Sewajarnya
pelajar bermasalah diberi alternatif lain seperti dikenakan hukuman berbentuk
program khidmat sosial, khidmat bakti, menyertai kem pembinaan jati diri dan
latihan kemahiran teknikal.
“Ini dapat
mengurangkan masalah disiplin akibat jemu dalam pembelajaran yang membawa
pelajar itu melakukan aktiviti negatif,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini
sambil menyatakan sokongan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat terhadap cadangan mengkaji semula hukuman itu.
Beliau
berkata, cadangan itu selaras dengan konsep sekolah sebagai tempat mendidik dan
membina jati diri pelajar.
Pada masa
sama, beliau berkata, sekolah yang menerima pelajar bermasalah perlu
penjenamaan semula atau memberikan nafas baharu dengan program yang dapat
membentuk jati diri, pemulihan mental dan spiritual serta membina kemahiran
teknikal yang berguna selepas menamatkan persekolahan.
Selain
itu, tegasnya, tanggungjawab menangani masalah disiplin bukan terbeban kepada
pihak sekolah semata-mata.
Tetapi, ia
juga kembali kepada peranan utama iaitu ibu bapa dan sokongan masyarakat.
“Pihak ibu
bapa atas nama PIBG perlu saling membantu menangani kes pelajar bermasalah
sebagai satu sarana keibubapaan.
“Perlu
digabungkan kebijaksanaan dan kolaborasi semua pihak dari kementerian sekolah,
ibu bapa dan masyarakat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan