Oleh Siti Fatimah Ishak
PUTRAJAYA – Rakyat mesti membebaskan diri daripada kecamuk politik dipandu
pemimpin yang penuh tamak haloba, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
(Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Kesal dengan situasi politik negara ketika ini, beliau berkata,
rakyat dan agenda Islam menjadi mangsa korban disebabkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
“Kita lihat politik negara sekarang tidak dipandu petunjuk. Ia
lebih dipandu perasaan dendam. Dipandu sifat tamak haloba yang tak pernah
kenyang.
“Mereka seolah-olah tidak ada rasional, tidak ada pemikiran
daripada hati nurani. Bahkan tidak ada petunjuk hidayah, yang ada hanya
dorongan simpati membuta tuli,” katanya berucap melancarkan Gerakan Pengundi
Sedar (GPS) di sini, hari ini.
GPS adalah gerakan baharu yang ditubuhkan Isma menerusi Biro
Gerakan Massa untuk membawa suara generasi baharu dalam menghadapi kekalutan
politik ketika ini.
GPS juga akan menjadi penunjuk arah kepada rakyat bagi memilih
pemimpin muslim berwibawa dan berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
akan datang.
Mengulas lanjut mengenai penubuhan GPS, Ustaz Abdullah berkata,
ia merupakan idea kreatif anak muda dalam mengisi kekosongan kemelut politik
yang melanda negara.
Katanya, GPS akan memberi kesedaran kepada pengundi supaya
keluar daripada budaya mengikut, menyembah pemipin yang memberi sesuap nasi.
“Sebab itu, kita mahu rakyat buang sikap mengampu. Minda kena
merdeka. Bebaskan diri daripada suasana ubudiyah kepada pemimpin.
“Jika tidak, natijahnya seperti yang kita lihat hari ini, dakyah
politik palsu sehingga meracuni pemikiran rakyat akan terus berkekalan.
“Yang mana PRU14 tidak akan banyak berubah. Pemimpin yang sama,
kekal pada mereka yang memberi secupak nasi dan garam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan