shahbudindotcom
Ahli
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Aziz Yassin menyifatkan Ketua
Pengarah JASA, Dr. Puad Zarkashi sebagai seorang yang berpendidikan
tinggi, tetapi sanggup memperbodohkan dirinya semata-mata untuk mengampu
Perdana Menteri, Najib Razak.
Kata
beliau, kenyataan Dr. Puad berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad
merasuah Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion untuk menjadi Pengerusi
Pakatan Harapan adalah bukti terbaru Ahli MT UMNO itu sedia berbuat apa
saja untuk membodek Najib.
"Beliau
adalah seorang yang berpendidikan tinggi, belajar sehingga PhD dan
bergelar Doktor, tetapi demi untuk mengampu Najib, beliau bukan saja
sanggup memperbodohkan dirinya, malah tak kisah dilihat tidak cerdik
oleh orangramai," kata Aziz yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Johor.
Berhubung
dakwaan menerima rasuah RM1 bilion itu, Dr. Puad mencabar Lim Kit Siang
agar membersihkan dirinya dengan segera menyaman blogger Raja Petra
Kamaruddin atau akan digelar pengecut.
Menurut
Dr. Puad lagi, Kit Siang mesti membersihkan dirinya terhadap dakwaan
tersebut kerana semua orang bingung bagaimana beliau kini boleh duduk
semeja dengan Tun Mahathir, sedangkan kedua-duanya bermusuhan sejak
sekian lama.
Bagi
Aziz, Dr. Puad tidak sepatutnya menjerumuskan dirinya dalam isu yang
sengaja dibangkitkan oleh blogger tersebut kerana semua orang tahu rekod
serta tulisannya selama ini yang banyak merapu dan berupa khayalan
semata-mata.
Lagi
pun, tambah beliau, dakwaan merasuah Kit Siang sebanyak RM1 bilion itu
memang tidak masuk akal kepada sesiapa yang waras kerana Tun Mahathir
bukanlah seorang yang diketahui begitu kaya untuk berbuat demikian.
"Jika
Tun Mahathir sanggup merasuah Kit Siang RM1 bilion, berapa pula
kekayaan bekas Perdana Menteri itu? RM10 bilion atau RM20 bilion?" soal
Aziz yang juga abang kepada Muhyiddin Yassin.
Mengulas isu yang sama, Tun Mahathir berkata, hanya orang tidak siuman saja percaya beliau ada wang sebanyak RM1 bilion.
Selain
dari itu, kata Aziz lagi, jika pun Tun Mahathir ada RM1 bilion, tidak
munasabah ia digunakan hanya untuk membayar Kit Siang seorang yang
memang sudah sedia bersama dengan Pakatan Harapan.
"Saya fikir kalau Tun Mahathir sedia mencurahnya wang sebanyak RM1 bilion, Najib bukan lagi Perdana Menteri sekarang ini.
"Daripada
RM1 bilion itu digunakan untuk "membeli" Kit Siang seorang, lebih
munasabah ia digunakan untuk "menarik" beberapa Ahli-Ahli Parlimen bagi
menyingkirkan Najib," hujah Aziz lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan