HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 Oktober 2017

Zamihan dibebaskan, mahkamah tolak reman dilanjutkan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pendakwah Zamihan Mat Zin dibebaskan hari ini selepas permohonan polis untuk melanjutkan perintah tahanan reman terhadapnya ditolak oleh mahkamah semalam.
 
Menurut peguam beliau, Fakhrul Azman Abu Hassan, Zamihan dibebaskan dengan jaminan polis.
 
Pendakwah itu dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kenderaan pelbagai guna berwarna hitam kira-kira jam 2.30 petang tadi.
 
"Siasatan dijalankan untuk tuduhan hasutan, suatu kesalahan yang boleh dijamin, jadi kami melihat penambahan penahanan reman ini tidak sama dengan kesalahan mandatori," kata Fakhrul.
 
Selain ahli keluarga, terdapat kira-kira sepuluh orang di luar balai polis itu yang setia menunggu pembebasan presiden pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja).
 
Zamihan ditahan pada Rabu lalu susulan satu video ceramahnya yang didakwa mengkritik Sultan Johor mengenai isu kedai 'dobi mesra Muslim' tersebar di media sosial.
 
Beliau kemudian direma dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.
 
Dalam kuliahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, pada 7 Oktober, Zamihan dikatakan menyelar pendirian Sultan Johor berkaitan isu dobi mesra muslim.
 
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban...’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam rakaman video yang tular dan dimuat naik di Youtube.
 
Sehubungan itu, Zamihan kemudian memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi menyerang beberapa media sambil mendakwa dirinya difitnah.
  

Tiada ulasan: