Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar, Athirah Hanapiah dan Ainor Rahim
PETALING JAYA: Pengarah Sekretariat Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan
Kleptokrasi’, Mohamad Sabu menyifatkan kurangnya penyertaan belia pada
himpunan itu berkemungkinan kerana adanya perlawanan bola sepak pada
malam ini.
"Malam ini ada bola ‘live’... mungkin selepas bola itu (mereka) akan
datang. Tetapi kehadiran (setakat ini) okay," katanya merujuk kepada
perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Liverpool pada
malam ini.
Mohamad atau Mat sabu juga berkata, masih terlalu awal untuk membuat
anggaran pada ketika ini kerana himpunan akan berlangsung sehingga
menjelang tengah malam.
"Ini sebelah petang. Malam nanti hadir kepimpinan utama termasuk Tun Dr
Mahathir. Saya yakin padang ini akan penuh. Kehadiran amat memuaskan.
"Kita tengok pada malam ini. Sebab programnya panjang. Orang akan hadir
dan malam ini kemuncak. Kita tengok malam ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali masih beranggapan himpunan yang diadakan pada hari ini
mendapat sambutan hangat daripada penyokong.
Ketika ditanya sama ada himpunan pada hari ini mampu menyaingi himpunan
Fastaqim 2.0 yang dianjurkan PAS hujung bulan lalu, kata Azmin, soal
'bersaing' tidak timbul.
"Ini bukan soal lawan, lawan kita adalah Umno dan BN," kata Menteri Besar Selangor itu.
Sehingga petang tadi, himpunan anjuran PH itu dilihat masih belum mampu mencapai sasaran 100,000 peserta.
Sebaliknya ianggarkan lebih kurang 8,000 peserta sahaja yang hadir menyertai berkenaan setakat ini.
Himpunan ini adalah kemuncak kepada siri jelajah PH di seluruh negara
mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi senjata
utama pembangkang untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan