Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan
hampir 2,000 penduduk, 104 pesakit dan empat bayi baru lahir di Hospital
Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahkan.
Dua kematian turut dilaporkan di daerah Timur Laut setakat ini.
Jabatan Kesihatan Negeri berkata banjir di HPP melibatkan wad pesakit, wad rawatan rapi neonatal dan unit pengangkutan yang terletak di tingkat bawah.
"Ärahan pengungsian telah dikeluarkan oleh pengarah Hospital dan telah dilaksanakan sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi ini.
"Kesemua pesakit yang terlibat dipindahkan ke wad-wad yang lebih selamat,” kata HPP dalam satu kenyataan.
Sementara Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata dua kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditemui lemas di dalam rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak dan seorang wanita dari Pusat Penjagaan Orang Tua Jalan P Ramlee.
Di Seberang Perai, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.
Di bahagian pulau melibatkan George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.
Beberapa jalan turut ditutut di Seberang Perai membabitkan Jalan Kulim, Jalan Bukit Tengah dan Jalan Permatang Pauh manakala di bahagian pulau membabitkan Jalan Tun Sardon, Balik Pulau ekoran berlaku tanah runtuh, Jalan Titi Kerawang, Teluk Bahang kerana berlaku pokok tumbang serta beberapa jalan di sekitar George Town yang dinaiki air.
Cuaca di negeri ini masih mendung dengan sesekali hujan renyai.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan