HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 November 2017

Ahli Warisan mahu kembali kepada Umno

ANTARAPOS

Post Pic
 
  
SHAH ALAM: Ada beberapa bekas ahli Umno yang kini menyertai Parti Warisan Sabah ingin kembali dengan perjuangan parti lama, demikian menurut Pemangku Ketua Umno bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.
 
Nasir berkata, tindakan itu membuktikan perjuangan Umno selama ini, terutama menjaga kebajikan rakyat dan membawa pembangunan adalah yang terbaik berbanding pembangkang.
 
Berita baik berkenaan 'kepulangan' mereka ini akan diumumkan kelak, katanya.
 
"Apabila tiba masanya kita (Umno) akan adakan satu majlis simbolik mereka kembali kepada parti,” kata ADUN Senallang itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis khatam al-Quran anjuran Wanita USIA Semporna hari ini.
 
Nasir juga menyifatkan kumpulan yang mengikuti jejak Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga bekas naib presiden Umno yang kini menjadi Presiden Warisan sebagai terkeliru.
 
Ditambah lagi dengan perkembangan terkini membabitkan Shafie dan parti berkenaan.
 
Nasir berkata sehingga kini, tiada anggota Umno Semporna yang keluar parti dan sepanjang tempoh jelajah jentera Umno mendekati penduduk daerah ini rata-rata menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Umno serta BN Sabah.
 
 

Tiada ulasan: