HALAMAN SANTAI
Ahad, 5 November 2017
Asiah Abd Jalil Bukan Lagi Seorang Muslim Yang Normal – Ayah Kandung
PETALING JAYA: Asiah Abd Jalil bukan lagi seorang Muslim yang normal kerana meninggalkan solat fardhu, ujar Abd Jalil Abd Rahman.
Bapa kandung kepada Asiah Abd Jalil itu juga meminta agar mereka yang mengikuti laman sosial anaknya sudi mendoakan agar puterinya itu kembali menunaikan solat fardhu secepat mungkin.
Sebelum ini Asiah Abd Jalil telah mengumumkan untuk tidak lagi melaksanakan solat fardhu dan mahu menuntut cerai daripada suaminya setelah kononnya suaminya menuduhnya murtad kerana berkawan dengan Siti Kasim.
Abdul Jalil Abd Rahman berkata, “Dalam keluarga Muslim yang setiap ahli keluarganya menjaga solat fardu 5 waktu sehari, jika salah seorang darinya cuma solat Maghrib dan Isya’ sahaja, maka ahli ini adalah dikira tidak normal.”
“Oleh itu bila Asiah meninggalkan kesemua solat fardu setiap hari maka itu adalah simptom bahawa beliau bukanlah lagi seorang Muslim yang normal,” menurutnya lagi.
Mendapati terdapat ramai yang tergamak menghasut anaknya untuk meneruskan niatnya untuk bercerai, Abdul Jalil menasihati mereka agar tidak lagi meneruskan perbuatan sedemikian.
Beliau berkata, “Membina sebuah masjid bukan satu kerja mudah. Tetapi nak meruntuhkannya walaupun masjid berjaya kekal 1000 tahun amatlah mudah. Contohnya, lihatlah apa yang berlaku di Syria.”
“Apa salahnya jika sama-sama berusaha menjaga agar masjid yang telah terbina dan telah mempunyai ahli jemaah yang agak ramai itu terus makmur.”
“Acik yang terlibat cara langsung membina masjid tersebut tentulah amat menghargai setiap sentuhan yang ikhlas untuk mengukuhkan lagi masjid itu.”
“Kalau pun tak mampu memberi sentuhan positif semoga janganlah pula meniupkan udara negatif ke atas masjid tersebut,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, suami anaknya adalah seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang, tidak sepertimana yang digambarkan oleh orang yang mempunyai “akal yang tak normal”.
“Acik memang menilai Hatta sebagai seorang anak, suami dan ayah yang cemerlang. Acik percaya sesiapa juga yang kenal Hatta akan bersetuju dengan penilaian Acik. Yang tak akan setuju ialah akal yang tak normal.”
Beliau juga menasihati agar mereka yang mengikuti tulisan anaknya di laman sosial agar bersikap rasional dan tidak terus menerima bulat-bulat segala dakwaan yang Asiah hamburkan di laman Facebooknya.
Beliau berkata, “Membaca tulisan Asiah dalam wallnya ini, Acik tidak nafi ada kebenarannya. Namun bagi Acik tak semua yang beliau dakwa itu kebenaran belaka.”
“Maka sukalah Acik menasihati semua peminat dan pengikut Asiah agar “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Rationalise lah terlebih dahulu,” nasihat beliau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan