NEW YORK: Conference Board, persatuan penyelidikan perniagaan bebas
berpusat di New York, mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan
keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5% pada 2018, rendah sedikit
berbanding 5.5% pada 2017.
Dalam Tinjauan Ekonomi Global terkini 2018 yang dikeluarkan pada Isnin,
berkata Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN menghadapi penurunan
memandangkan pertumbuhan KDNK Thailand juga dijangka merosot kepada 3%
pada 2018 berbanding 3.8% pada 2017.
Laporan itu menyebut kelembapan ekonomi Malaysia disebabkan faktor
penurunan harga minyak dan harga komoditi lain yang dijangkakan tidak
akan meningkat melepasi paras semasa tahun depan.
Namun, momentum ekonomi global secara keseluruhannya dijangka terus mencatat kadar pertumbuhan global sebanyak 3% pada 2018.
“Pertumbuhan global akhirnya meninggalkan paras terendah sejak krisis
ekonomi dan kewangan global, dan pertumbuhan KDNK yang kami unjurkan
berkembang pada
kadar 2.8% tahun lepas, mungkin mencatatkan kira-kira 3% untuk 2017
hingga 2018,” kata Ketua Ekonomi Board Conference, Bart van Ark.
Walaupun pertumbuhan pasaran matang akan kekal kukuh dalam jangka
pendek, potensi pemecutan pertumbuhan adalah terhad dan kelembapan
pertumbuhan mungkin berlaku pada akhir dekad ini.
“Memandangkan beberapa pasaran pesat membangun semakin matang, terutama
China, mereka tidak mungkin akan kembali kepada trend pertumbuhan masa
lepas.
“Berita baiknya, faktor pertumbuhan kualitatif, seperti peningkatan
kemahiran tenaga kerja, pendigitan, dan peningkatan produktiviti yang
lebih kukuh boleh membantu mengekalkan pertumbuhan dan menyediakan
kedudukan lebih baik untuk perniagaan berkembang maju pada dekad akan
datang,” katanya.
Conference Board berkata momentum pertumbuhan ekonomi matang telah
meningkat pada 2017 dan diunjurkan meningkat 2.1% pada 2018 berbanding
2.2% pada 2017.
Ia berkata ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan memperoleh manfaat
apabila membawa kadar pertumbuhan pelaburan lebih kukuh kepada tahun
depan, manakala
beberapa ekonomi Eropah mungkin melihat beberapa kelemahan ekoran
kitaran, dan kembali kepada trend pertumbuhan jangka sederhana mereka
pada pertengahan 2018.
Sementara itu, ia mengunjurkan pasaran pesat membangun akan berkembang
3.8% berbanding 3.7% pada 2017, menambah, perbezaan ketara akan dicatat
di seluruh negara.
China mempunyai pertumbuhan agak kukuh pada 2017 berikutan peningkatan
semula eksport dan sokongan kerajaan yang mencukupi untuk ekonomi
menjelang Kongres Parti pada Oktober, namun akan meneruskan penurunan
kecil berpanjangan pada 2018.
Conference Board juga memberi amaran mengenai risiko semasa kekuatan
ekonomi global, walaupun penstabilan harga tenaga dan komoditi,
keyakinan perniagaan yang lebih baik, pemulihan kitaran di Eropah, dan
rangsangan pertumbuhan berasaskan dasar China.
Contohnya, pemulihan lemah dalam pelaburan mungkin mengehadkan
kepesatan teknologi yang boleh diterjemahkan ke dalam pertumbuhan
produktiviti, manakala pertumbuhan lemah dalam penggunaan mungkin
berlaku di beberapa negara, memandangkan pertumbuhan gaji sebenar kekal
perlahan walaupun pasaran buruh semakin ketat.
Ia berkata dasar dan risiko geopolitik (Brexit, dasar AS, krisis
pelarian, kegaasan, bencana alam) boleh menjejaskan trend pertumbuhan
ekonomi.
Pemecutan perlindungan atau perang perdagangan antara AS dan China, dan
peningkatan risiko konflik politik atau tentera di bahagian lain di
dunia, adalah risiko lain mengancam kestabilan dan trajektori
pertumbuhan.
Namun menurut Conference Board, beberapa kuasa boleh membantu
mengukuhkan kualiti pertumbuhan dan menjadikannya lebih mampan dalam
dekad akan datang.
Kekurangan tenaga kerja, boleh membantu mendorong pertumbuhan pelaburan
lebih cepat, terutama dalam sektor dengan permintaan yang tinggi untuk
bakat yang tidak ramai dimiliki.
“Peningkatan modal ini merupakan sumber pertumbuhan produktiviti buruh,
terutama untuk Eropah, Amerika Syarikat dan ekonomi matang lain,”
katanya.
Conference Board berkata laluan pertumbuhan China perlahan dan trendnya
akan berterusan pada 2018 dengan unjuran pertumbuhan 3.9% berbanding
4.2% pada 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan