HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 November 2017

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 6 kondominium

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor petang semalam.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.45 petang.
 
"Petugas ambulans dari Hospital Ampang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kanak-kanak yang berasal dari Sabah itu meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini.
 
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya, berumur 10 tahun yang dijaga oleh ibu saudara mereka berikutan ibu bapanya keluar bekerja.
 
"Semasa kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama kakaknya di balkoni berhampiran ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba memanjat pagar balkoni lalu terjatuh," katanya.
 
Mohd Zaid berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.
 
 

Tiada ulasan: