KUALA LUMPUR: Kos bayaran menunaikan haji dikekalkan kepada RM9,980
bagi musim haji tahun 2018 walaupun kos sebenarnya telah meningkat
sebanyak 15 peratus kepada RM22,450 daripada RM19,550 pada musim haji
tahun 2017.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung
Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pengekalan
bayaran tersebut telah dilaksanakan sejak tahun 2009 adalah atas
inisiatif kerajaan yang amat prihatin terhadap rakyat untuk menunaikan
rukun Islam yang ke lima itu.
Peningkatan kos itu akan membuatkan Tabung Haji menanggung subsidi haji
yang lebih tinggi bagi seorang jemaah haji muassasah kali pertama
sebanyak RM12,470 bagi tahun 2018 berbanding sebelumnya, RM9,576.
Katanya, Tabung Haji dijangka menanggung subsidi haji hampir RM400 juta
dan menganggap tanggungan itu sebagai tanggungjawab sosial korporat
terbesar lembaga itu bagi mendukung aspirasi kerajaan untuk mengimbangi
keunggulan duniawi dan ukhrawi.
“Menjadi hasrat kerajaan agar lebih ramai umat Islam di negara ini
dapat menunaikan ibadah haji dengan kos yang tidak membebankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan