MALAYSIAKINI
Selepas membentangkan 'ibu segala bajet' Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak hari ini menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) sebagai 'ibu segala pilihan raya'.
Presiden Umno itu turut mengingatkan jentera dan anggota parti supaya bersiap sedia memandangkan PRU semakin hampir.
"Buat kerja sebab PRU14 adalah ibu segala PRU. Menang ni Insya-Allah, tubuh kerajaan kuat, kita ada banyak cita-cita untuk negara," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Umno peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurut Najib, projek seperti Transit Aliran Massa (MRT) hanya merupakan permulaan dan terbaru beliau melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) semalam.
Dalam ucapannya terdahulu, Najib mengakui Umno tewas dalam pertarungan siber pada PRU12 dan PRU13 yang lalu.
"Jadi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kita mesti memastikan kemenangan Umno BN.
"Saya anggap ini sebagai usaha yang sangat penting, usaha yang paling penting kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 sangat dekat," katanya.
Sementara itu, Najib merungut kekurangan 'retweet' dan 'like' pada posting di media sosialnya.
"Apabila saya bercakap mengenai dasar-dasar kerajaan, retweet dan like ada kira-kira 300 atau 400.
"Jika saya tweet mengenai bola sepak, 1,000 atau 2,000 retweet atau like (dan) jika saya tweet untuk mengumumkan cuti umum, 10,000 hingga 12,000 akan memberi respon.
"Terdapat 3,800 orang dalam dewan ini tetapi berapa ramai di antara kamu yang retweet mengenai dasar kerajaan?"soalnya.
'Telefon bimbit senjata utama'
Perdana Menteri sebelum itu memetik statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa rakyat Malaysia adalah antara mereka yang memiliki bilangan telefon yang paling tinggi.
"Kebanyakan kita memiliki lebih daripada dua telefon bimbit, jadi jangan minta (telefon bimbit) dari Umno," seloroh beliau.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan sebelum itu menyatakan bahawa senjata utama dalam PRU14 adalah telefon bimbit.
Pengerusi Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT) Umno itu turut menyarankan mereka yang tidak mempunyai telefon pintar supaya meminta dari ketua bahagian masing-masing, sambil disambut sorakan ribuan anggota Umno di PWTC.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan