Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP) mendakwa terdapat ikan ternak yang diberi makanan
berasaskan babi.
Menurut
presidennya SM Mohamed Idris, pada tahun 2009 terdapat sesetengah
kolam ternakan ikan menggunakan air buangan dari kandang babi untuk
membersihkan makanan ikan.
"Pada 2013,
seorang penternak didakwa kerana memberi makan ikan patinnya dengan
usus babi," katanya lapor Malay Mail Online.
Kenyataannya itu
turut dirujuk bersama dapatan dari Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia pada 2010.
Dapatan itu
mendedahkan 40 peratus daripada pengilang makanan haiwan di negara
ini menggunakan kandungan berasaskan binatang.
SM Mohamed berkata
perkara itu menimbulkan keraguan kerana Majlis Fatwa Negara
berpendapat haiwan yang diberi makan dengan makanan bukan halal
adalah haram.
Bagaimanapun,
katanya, dalam manual prosedur pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim), makanan haiwan berada dalam kategori produk
yang tak dapat disahkan (halal).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan