Jelas Anwar, PH tidak menggunakan agenda kaum, sebaliknya akan terus membantu rakyat yang memerlukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Timbalannya, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali berhubung usaha memenuhi agenda bumiputera demi
menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai pilihan orang Melayu adalah
pandangan peribadi.
Jelasnya, PH tidak menggunakan agenda kaum, sebaliknya akan terus membantu rakyat yang memerlukan.
Jelasnya, PH tidak menggunakan agenda kaum, sebaliknya akan terus membantu rakyat yang memerlukan.
“Itu pandangan peribadi beliau. Dalam PH kita tak ketepi Melayu dan
Bumiputera. Itu dalam manifesto PH. Namun pendekatan itu lebih telus dan
tidak berkait dengan agenda kaum , tetapi agenda rakyat. Yang miskin,
yang tersisih akan dibantu. Majoritinya adalah Melayu, tetapi
pendekatannya bukan pendekatan kaum,” katanya semasa sidang media
selepas program 'DNA23: Digital Native Agenda' di sini pada Isnin.
Azmin sebelum ini menggesa kerajaan pusat tidak lagi "apologetic" dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan bumiputera.
Timbalan presiden PKR itu berkata, kekalahan PH di Semenyih merupakan mesej jelas rakyat agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan