Najib - yang mendakwa dirinya sebagai Raja Troll baru-baru ini - hadir ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang selepas menghadiri beberapa majlis di Johor Bahru.
Bekas perdana menteri itu turut hadir dalam pertemuan dengan pemimpin Umno Johor Bahru. Beliau turut menunjukkan rasa teruja apabila majlis tersebut turut dihadiri pemimpin PAS kawasan terbabit.
Bagaimanapun
hari ini ada pihak yang mengingatkan Najib bahawa di Pekan - kawasan
parlimen yang diwakilinya - kini sedang berdepan masalah kebakaran hutan
dan jerebu.
Kejadian di kawasan Pulau Serai itu berlaku sejak seminggu lalu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu usaha memadam sepenuhnya kebakaran sukar akibat cuaca panas terik, kering dan berangin.
Kejadian di kawasan Pulau Serai itu berlaku sejak seminggu lalu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu usaha memadam sepenuhnya kebakaran sukar akibat cuaca panas terik, kering dan berangin.
Dipetik Bernama hari ini Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Ismail Abdul Latif,berkata operasi memadamkan kebakaran kini tertumpu di kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Pulau Serai hingga kawasan rumah penduduk di sekitarnya.
Turut disasarkan ialah hutan berhampiran Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI Pekan dan tempat longgokan kayu di bahagian belakang tempat parkir lori sebuah syarikat pengangkutan.
Sehingga pukul 12 tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang diterima daripada Jabatan Alam Sekitar ialah 116 iaitu paras udara tidak sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan