MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 16 Mac 2019
Netizen cari jalan siar rakaman serangan Christchurch
MALAYSIAKINI
Pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di New Zealand yang disiarkan
secara langsung bukan kali pertama menunjukkan jenayah ganas dipaparkan
di internet.
Siaran langsung secara live strim tembakan rambang itu menunjukkan 49 terkorban dan berlangsung selama 17 minit.
Facebook
dalam kenyataannya mengatakan ia bertindak mengeluarkan video itu
selepas dimaklumkan oleh polis New Zealand sejurus siaran live strim itu
bermula.
Tetapi beberapa jam selepas itu, salinan video itu masih
tersedia di Facebook, Twitter dan YouTube, serta Instagram dan WhatsApp
milik Facebook.
Sebaik sahaja video itu dipaparkan dalam talian, rakaman itu mula disebarkan.
Siaran
langsung di Facebook itu dengan pantas dikongsikan pengguna internet
merentasi platform media sosial yang lain dalam masa beberapa minit.
Jenayah
kejam lain yang telah disiarkan secara langsung di internet termasuk
kes seorang bapa di Thailand pada tahun 2017 yang menyiarkan tindakannya
membunuh anak perempuannya di Facebook Live.
Selepas 370,000 tontonan dan lebih sehari, Facebook mengeluarkan video itu.
Di
Amerika Syarikat, serangan di Chicago terhadap seorang lelaki kulit
putih kurang upaya berusia 18 tahun pada tahun 2017, dan tembakan
rambang oleh seorang lelaki di Cleveland, Ohio pada tahun yang sama juga
dibuat secara langsung.
Facebook menghabiskan beberapa tahun
membina kecerdasan buatan dan pada bulan Mei 2017 ia berjanji untuk
menggajikan 3,000 lagi individu bagi mempercepat penyingkiran video yang
menunjukkan pembunuhan, bunuh diri dan tindakan keganasan yang lain.
Namun, masalah itu berterusan.
Facebook, Twitter dan YouTube pada Jumaat berkata mereka mengambil tindakan untuk mengeluarkan video-video berkenaan.
"Polis
mengingatkan kami video di Facebook tidak lama selepas live strim
bermula dan kami dengan cepat mengeluarkan kedua-dua akaun Facebook dan
Instagram penembak serta video berkenaan," kata Facebook.
"Kami juga mengeluarkan sebarang pujian atau sokongan untuk jenayah dan penembak sebaik sahaja kami sedar."
Twitter
berkata ia mempunyai "proses yang ketat dan pasukan yang berdedikasi
untuk mengurus keadaan yang terdesak dan kecemasan" seperti itu.
"Kami juga bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk memudahkan penyiasatan mereka seperti yang diperlukan," katanya.
YouTube berkata: "Harap maklum bahawa kami sedang berusaha gigih untuk menghapuskan rakaman yang ganas."
Kecewa
dengan keadaan berkenaan, pemimpin politik di seluruh dunia pada Jumaat
menyuarakan kesimpulan yang sama iaitu kegagagalan media sosial.
Apabila
video pembunuhan beramai-ramai di New Zealand itu terus tersebar,
bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dalam kenyataan
televisyen berkata platform media sosial lewat menutup ucapan kebencian.
"Saya
fikir ini akan menambah semua gesaan di seluruh dunia untuk pengawalan
platform media sosial yang lebih berkesan," katanya.
Salinan rakaman disebar
Selepas
Facebook menghentikan siaran live stream dari New Zealand itu, ia
memberitahu para moderator untuk memadam dari rangkaiannya sebarang
salinan rakaman itu.
"Semua kandungan yang memuji, menyokong dan
mewakili serangan dan pelaku harus dikeluarkan dari platform kami," kata
Facebook mengarahkan moderator kandungan di India, menurut e-mel yang
dilihat oleh Reuters.
Pengguna yang berniat untuk berkongsi video keganasan itu bagaimanapun mengambil beberapa pendekatan.
Salinan rakaman yang ditinjau oleh Reuters
menunjukkan sesetengah pengguna merekodkan video yang dimainkan pada
telefon atau komputer mereka sendiri untuk membuat versi baru dengan cap
jari digital yang berbeza daripada yang asal.
Orang lain
berkongsi rakaman pendek atau tangkapan skrin dari live strim yang
dipapar lelaki itu, yang juga menjadi lebih sukar untuk dikenalpasti
oleh program komputer.
Pada
forum perbincangan internet Reddit, para pengguna secara aktif
merancang dan melakukan strategi untuk mengelakkan tindakan moderator
kandungan, mengarahkan satu sama lain berkongsi platform yang belum
diambil tindakan dan berkongsi salinan video yang dimuat secara sulit.
Facebook pada hari Jumaat mengakui cabaran itu dan berkata ia memberi respons kepada laporan pengguna baru.
"Untuk
mengesan kejadian video baru, kami menggunakan kecerdasan buatan kami
untuk keganasan grafik" serta teknologi audio dan mencari akaun baru
yang menyamar sebagai penembak yang dikatakan itu".
"Kami menambah
setiap video yang kami temukan ke pangkalan data dalaman yang
membolehkan kami mengesan dan mengalih keluar salinan video secara
automatik apabila dimuat naik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan