Rata-rata penduduk Kampung Bukit Pulai berdekatan dengan
lokasi kerja pembersihan Sungai Kim Kim melahirkan kerisauan sekiranya
berlaku hujan dalam sehari dua ini.
"Kami risau jika hujan turun sebelum kerja pembersihan (sisa toksik) siap akan mengundang bahaya kepada semua penduduk kampung.
"Jika banjir biasa kami tak risau; sekarang ni banjir toksik... apa yang akan jadi kepada kami nanti," katanya kepada Bernama di Johor Bahru.
Katanya, kali terakhir kampung tersebut dilanda banjir kilat sehingga paras pinggang ialah kira-kira tiga bulan lepas.
Azman Azhar, 42, pula berkata dia tidak risau keselamatan dirinya tetapi risau dengan anak dan isteri yang mengandung tujuh bulan.
Dia turut menyatakan kebimbangan terhadap nasib kira-kira 200 buah rumah di kampung tersebut sekiranya berlaku banjir.
"Kalau banjir berlaku, saya akan selamatkan isteri dan anak sahaja. Saya akan jaga rumah ini kerana ini adalah satu-satunya harta kami," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan