Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa
pihak polis menyiasat bekas ketua pemuda Umno Razlan Rafii berkenaan
ciapannya di Twitter.
"Perbezaan pendapat itu biasa, jangan sampai keterlaluan," kata MP Muar.
Bekas ketua pemuda Umno Razlan Rafii menuntut supaya
"puak-puak DAP" ditembak susulan kenyataan Adun Mengkibol Chew Chong Sin
mengenai serangan pengganas di Christchurch, New Zealand semalam.
Sekadar sindiran, kecaman
Chew kemudiannya menarik balik kenyataannya, berkata ia telah membawa kepada salah faham.
DAP juga telah memberi amaran keras terhadapnya kerana membuat kenyataan itu.

"Ramai masih tidak faham pakai Twitter, saya hanya memberi
komen berkenaan Adun DAP yang amat kurang ajar terhadap kejadian di
Christchurch.
"Mereka tuduh kita Taliban dan macam-macam, sehingga Lim Guan Eng nak membayangkan perang dengan elemen yang berkaitan dengan Islam.
"Jadi, perkara asas di sini adalah kecaman harus diberi kepada Adun DAP," katanya.
Razlan memetik kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan timbalannya Nga Kor Ming sebagai contoh.
Pada 6 Mac lalu, Lim mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina menggesa MCA segera meninggalkan BN kerana Umno dan PAS kini "mengisytiharkan perang" terhadap orang bukan Islam.
Beliau kemudian membuat pindaan beberapa jam kemudian, menggantikan ungkapan "mengisytiharkan perang" dengan "menyasarkan."
Sementara itu, ketika berceramah di Taiping minggu lalu, Nga berkata Malaysia berisiko menjadi seperti Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban dengan wujudnya kesatuan Umno-PAS.
"Jadi pokok persoalannya (Chew) perlu ditegur," kata Razlan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan