THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) berisiko kalah pada PRU-15 kerana penyatuan UMNO dan PAS, menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ini kerana gabungan UMNO-PAS bakal memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRU-15.
Tambah beliau, PH juga akan mengalami kekalahan jika ia mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat.
“UMNO dan PAS tidak bodoh. Mereka sudah tahu pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 lalu beri kemenangan kepada PH walaupun ketika itu keadaan undi Melayu tidak banyak berpihak kepada PH,” katanya yang dipetik ucapannya dari sebuah video yang tular di laman sosial semalam.
“Kalau UMNO dan PAS memang betul-betul akan pinang meminang dan berkahwin, PRU-15 kalau kita masuk bertanding satu lawan satu, lawan UMNO dan PAS dalam keadaan kita mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat atas pagar, kita akan kalah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Malaysia Gazette hari ini pula Rafizi memberitahu, video itu sengaja disunting pendek oleh penyokong PAS dan UMNO supaya rakyat terpengaruh dengan ucapannya bahawa PH akan kalah pada PRU-15.
“PAS, UMNO edit video saya mengenai undi Melayu. Beraya sakan konon kalau PAS, UMNO kahwin, PH pasti kalah.
“(antara) ayat yang dikerat dari video itu bab kononnya, saya memberi ingatan kepada PH jangan nampak lemah dalam jaga kebajikan rakyat, kita menang sebab itu.
“Kalau PH jaga rakyat, (UMNO, PAS) kahwin la berapa pun PH boleh menang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan