Pelajar sekitar Christchurch, New Zealand dinasihat berhati-hati, ambil langkah berjaga-jaga

BANTING
– Kementerian Pendidikan mengesahkan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang,
Johor masih lagi ditutup susulan pencemaran toksik akibat pembuangan bahan
kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, 7 Mac lepas.
Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kesemua sekolah terbabit akan dibuka
semula sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Sekolah
di kawasan itu sudah tutup dan kita tidak ada tarikh bila dibuka semula, kita
tengok (keadaan) dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari
Terbuka Bahagian Pendidikan Swasta di Universiti MAHSA di sini, hari ini.
Rabu
lepas, Kementerian Pendidikan mengarahkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup
susulan pencemaran sisa bahan kimia tersebut.
Langkah
itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Negeri.
Semalam,
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee
Yin berkata kawasan seluas 680 meter daripada 1.5 kilometer paling
tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan membabitkan 90 pekerja bermula
Rabu lepas.
Sementara
itu, Maszlee meminta semua pelajar yang berada di sekitar Christchurch, New
Zealand dan bandar-bandar berdekatan supaya berhati-hati serta mengambil
langkah berjaga-jaga ekoran insiden tembakan rambang di dua masjid di
Christchurch semalam.
“Setakat
ini tiada pelajar kita yang terlibat dan kesemua 303 pelajar kita yang berada
di Christchurch selamat.
“Kita
berharap supaya pelajar kita ambil langkah berjaga-jaga dan doakan yang
terbaik buat pelajar kita dan rakyat Malaysia di sana,” katanya.
Kementerian
Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam melaporkan dua rakyat Malaysia cedera
dalam kejadian di dua masjid di Christchurch itu dan kini sedang dirawat di
hospital negara tersebut. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan