Sukarelawan,
Muhd Haziq Ahmad Hamidi memeriksa keadaan ruang dalam van jenazah pada
Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah
Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.
foto IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM)
merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif
menyediakan perkhidmatan pengurusan termasuk penghantaran jenazah mereka
yang beragama Islam.
Disebabkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat,
kesemua empat van jenazah yang mereka miliki tidak mampu lagi menampung
keperluan yang semakin mendesak.
Keadaan diburukkan lagi kerana kesemua van jenazah yang mereka miliki
semakin usang, rosak dan ada yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Ini memaksa mereka terpaksa melancarkan kempen mengumpul dana bagi
pembelian sebuah lagi van jenazah yang menelan belanja kira-kira
RM80,000.
Namun tak siapa sangka, dalam tempoh tak sampai dua minggu, kempen
pengumpulan dana yang dilancarkan berjaya mencapai sasaran sehingga
membolehkan mereka memiliki sebuah van jenazah baru seperti mana yang
dirancangkan.
Pengerusi SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, pihaknya
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kisah mereka yang disiarkan portal
Malaysia Gazette ternyata ‘membuka mata’ ramai pihak hingga sumbangan
masuk tanpa henti ke dana tabung pembelian van jenazah yang baru itu. Pemilik
Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali (dua kanan) memotong riben bersama
wartawan Malaysia Gazette, Syahril Kadir (dua kiri) sebagai gimik
penyerahan sambil diiringi Pengerusi Persatuan Pengurusan Jenazah
Malaysia (SPJM), Muhammad Refieudin Zainal Rasid (kiri) pada Majlis Doa
Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia
(SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL
BASRI
“ Bayangkan tak sampai dua minggu, impian kami untuk memiliki van
jenazah tersebut berjaya direalisasikan. Paling menarik, pihak Malaysia
Gazette juga turut sama menyumbang kepada pembelian kenderaan ini,”
ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis doa selamat dan perasmian van
jenazah baru SPJM di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah di sini malam
tadi.
Sebahagian
jemaah surau melihat van jenazah yang baru pada Majlis Doa Selamat dan
Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau
Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
Dalam perkembangan yang sama, Muhammad Rafieudin berkata, van
jenazah terbaru mereka ini memiliki ‘identiti tersendiri’ bagi
menampakkan keseriusan SPJM dalam menjalankan tanggungjawab fardhu
kifayah mereka. Pengerusi
Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Refieudin Zainal
Rasid bercakap kepada media pada Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van
Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman
Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASR
“ Van jenazah kami ni eksklusif dengan segala aksesori yang terdapat
di dalamnya. SPJM adalah satu komuniti besar yang melibatkan rangkaian
antara negeri dengan negeri, sebab itu kami perlu memiliki identiti
tersendiri supaya orang kenal dan tahu perkhidmatan yang kami tawarkan.
“ Pendek kata kalau berlaku kematian, tak kira hari dan masa, selama
24 jam sehari, hubungi saja SPJM dan kami akan memastikan waris atau
ahli keluarga yang meninggal dunia mendapat perkhidmatan yang terbaik.
“ Saya sendiri boleh dihubungi di talian 013-322 7937, jangan
fikirkan sangat soal kos, yang penting jenazah si mati perlu kita
kendalikan sebaik mungkin, bermula dari proses mayat dimandikan
sehinggalah ia dikebumikan, andai kata waris atau ahli keluarga tak
mampu sangat daripada segi kewangan sekali pun, kita bersedia melakukan
dengan percuma, itu janji dan komitmen kami,” katanya. – Malaysia
Gazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan